Thursday, July 30, 2015

TUGASAN KE EMPAT : BLOG


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KAMPUS KUALA LUMPUR



NAMA PELAJAR : THINASEGARAN A/L KARAPIAH

NO MATRIK : 234687

KOD KURSUS : STID 1013 APLIKASI KOMPUTER DALAM KOMPUTER 


10 FAKTA RINGKAS SEJARAH SKATE BOARDING




Anda tahu sejarah skateboard (papan luncur) ? Sukan papan luncur semakin mendapat tempat dikalangan kanak-kanak, remaja dan tak kurang juga orang dewasa rakyat Malaysia. Aktiviti bermain skateboard mempunyai unsur positif yang melebihi negatif contohnya; para peminat akan berkumpul bersama di satu-satu tempat untuk berlatih, setiap sesi ini pula para peluncur akan sentiasa mencuba sesuatu 'trick' baru atau berusaha menajamkan yang lama justeru menyumbang kepada kebolehan mereka berfikir secara kreatif dan juga keberanian individu. 

Sokongan dari ibu bapa juga semakin menggalakkan dengan buktinya ada diantara peluncur kanak-kanak yang dihantar sendiri oleh ibu bapa mereka ke taman-taman skateboard. Negatif nya pula cuma satu, silap langkah boleh patah riuk. 





Bercakap mengenai sejarah skateboard, disini saya letak 10 fakta yang ditemui. 

1) California adalah negara pengasas sukan papan luncur ini, dimana pada masa itu para peluncur air mendapati ombak terlalu kecil untuk mereka meluncur lantas mereka berpakat untuk meletakkan roda pada papan supaya boleh meluncur di atas daratan.
2) Papan luncur terawal adalah daripada tahun 1900an, pada masa itu ia lebih kepada rupa skuter dan mempunyai 'handle'.
3) Papan luncur yang pertama sekali dikomersialkan ialah pada tahun 1959, Roller Derby Skateboard adalah pemangkin dunia perniagaan sukan ini, rodanya pula diperbuat daripada tanah liat.
4) Kerajaan Norway telah mengharamkan penggunaan dan penjualan papan luncur pada tahun 1978 sehingga 1989 kerana berlaku terlalu banyak kecederaan daripada aktiviti pada masa itu.




5) Para peluncur dari Norway pula telah membina 'ramp' di kawasan-kawasan tersembunyi untuk mengelak daripada pengharaman sukan itu.
6) Pada awal tahun 1970an, Frank Nasworthy telah memperkenalkan roda papan luncur yang diperbuat daripada 'polyurethane'.
7) Berakhirnya zaman menggunakan 'ball bearing' yang longgar apabila Road Rider memperkenalkan teknologi 'ball bearing' yang berukuran tepat pada ruang rodanya.
8) Pada tahun 1976, Florida telah membina taman skatepark 'outdoor' yang pertama, setelah itu hampir keseluruh Amerika mempunyai 'skatepark' tersendiri dan sukan skateboard telah mula dimainkan secara 'vertical' (terbang di udara) berbanding 'horizontal' iaitu di atas jalan rata. 
9) Jim Muir dan Wes Humpston adalah orang pertama yang berjaya mengkomersialkan papan luncur yang mempunyai grafik. Ia di pasarkan dibawah jenama Dogtown. Kejayaan itu boleh dilihat hingga ke hari ini.
10) The United States Marine Corps pernah menggunakan papan luncur sebagai ujikaji untuk latihan mengesan 'sniper fire dan trip wires' pada tahun 1990an.

SUKAN PERAHU LAYAR

 PERAHU LAYAR

Sejarah Sukan Perahu Layar

Sejarah sukan kapal layar telah bermula pada abad ke 17 di Holland (Belanda). Semenjak itu, sukan ini telah diperkenalkan ke England pada 1660 oleh Charles II dan seterusnya berkembang ke seluruh Negara jajahan Amerika. Kelab kapal layar yang pertama ditubuhkan di dunia adalah New York Yacht Club (1720). Kelab ini juga telah menganjurkan satu pertandingan kapal layar antarbangsa yang bermula 1844 dan masih kekal hingga ke hari ini iaitu Piala Amerika. Kemudian pada tahun 1900, sukan kapal layar telah mula dipertandingkan di Sukan Olimpik dan seterusnya memartabatkan lagi sukan ini di peringkat antarabangsa.

Sukan Perahu Layar Dimainkan

Sukan Perahu layar merupakan salah satu sukan yang dimainkan dengan bergantung kepada bantuan angin untuk menggerakkan perahu tersebut. Biasanya sukan ini popular dimainkan di negeri yang mempunyai laut dengan tiupan angin yang kuat. Pergerakan perahu layar ini dibantu oleh pemain-pemain yang mempunyai fungsi yang berbeza yang berada di atas perahu untuk menentukan arah tuju perahu bergerak dengan mengubah kedudukan layar yang terdapat pada kapal.

Skipper - ketua kapal(pengemudi) adalah ketua pasukan atau kapten bagi sebuah perahu layar di mana tugasnya bukan sahaja mengemudi bot tetapi melibatkan keputusan mengenai taktik dan strategi yang akan digunakan dalam perlumbaan.

Mainsheet trimmer - berperanan mengawal layar paling besar di mana kelajuan kapal tertumpu disitu dan berganding rapat dengan skipper untuk mengawal kelajuan bot.

Trimmer - bertugas untuk mengawal kepala atau depan kapal. Pada pusingan melawan arah angin, trimmer berkerjasama dengan Pitman yang mengawal layar besar yang terletak berlawanan dengan layar utama.

Bowman - bertanggungjawab untuk mengubah layar di hadapan bot. Bowman adalah''eye at the front'', Bowman mestilah seorang yang kuat dan mempunyai kebolehan bergerak dengan tangkas dan cepat di depan bot.

Pitman - membantu trimmer untuk mengawal kapal layar dan layar besar. Pitmanmengawal kebanyakan tali yang akan menentukan arah layar.





korang boleh tengok info dekat blog blogger ni yer.....rajin ler orang klik

http://sukanairhs20.blogspot.com/

Artikel : Norlaili tidak gentar ceburi sukan motor lasak



ROMPIN 24 Jun - Sukan motor lasak atau 'motorcross' lazimnya dikaitkan dengan pembabitan golongan lelaki. Namun bagi seorang gadis dari Rompin, sukan itu telah sebati dengan jiwanya.
Norlaili Sakinah Mohamad Kasim, 17, yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini mahu membuktikan kepada masyarakat golongan wanita juga mampu pergi jauh dalam sukan itu jika mempunyai keinginan dan kesungguhan.
Malah dia juga tidak pernah berasa kekok apabila terpaksa bersaing dengan kaum lelaki ketika menyertai satu pertandingan bagi kategori Junior B bawah 16 tahun tidak lama dahulu sehingga menyebabkan rasa gerun dalam kalangan pesaingnya.
Menurutnya, pembabitannya dalam sukan itu direstui keluarga yang memang meminati sukan lasak dan dia turut tidak ketinggalan menyertai pelbagai kejohanan dalam dan luar negara.
''Siapa kata wanita seperti saya tidak sesuai dengan sukan ini, malah saya telah membuktikan bahawa saya mampu bersaing dengan lelaki lain dalam kategori yang sama," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.
Norlaili Sakinah berkata, dia menjadikan jaguh skuasy negara, Datuk Nicol David sebagai inspirasi dalam dunia sukan yang disifatkannya hanya didominasi atlet lelaki sebelum ini.
''Saya mahu buktikan sukan motosikal lasak ini boleh menaikkan nama Malaysia di pentas dunia sama seperti yang dilakukan Nicol dalam sukan skuasy hingga mampu muncul pemain terbaik dunia," katanya.
Jika diberi peluang, dia mahu menjadi atlet wanita yang mampu beraksi di peringkat yang lebih tinggi seterusnya mengharumkan nama negara dalam sukan motor lasak.
''Impian saya terlalu tinggi, jika berpeluang sudah tentu saya mahu mewakili negara di pentas antarabangsa untuk bersaing dengan pelumba dari negara lain," ujarnya.
Norlali Sakinah memberitahu, tidak timbul soal takut untuk menunggang motor lasak itu berikutan jentera tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lengkap termasuk penggunaan topi keledar dan jaket keselamatan
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Rompin di sini itu bagaimanapun tidak sesekali melupakan bidang pelajaran meskipun bergiat aktif dalam sukan tersebut apabila mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dua tahun lalu.
''Sukan ini adalah hobi saya, bagaimanapun bidang pelajaran tetap tidak akan saya lupakan. Apa yang penting kita kena pandai bahagi masa dalam pelajaran dan sukan," katanya.

FAEDAH MELIBATKAN DIRI DENGAN AKTIVITI SUKAN



Faedah bersukan yang utama kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin. Hal ini demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatih.  Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk disiplin murid tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalanya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang akan membakar lemak berlebihan dalam badan. Oleh itu, murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan.

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya kerana masa itu emas. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk  memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya  belajar.  Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Faedah berikutnya, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi serta tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei  tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pingat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.

Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain permainan komputer dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berpeleseran di pusat beli-belah, menonton televisyen dan berbual-bual kosong. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

Jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawa faedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan.  Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

KEPENTINGAN SUKAN




Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi.. Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Oleh itu,sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh membentuk tingkah laku disiplin dalam kalangan anggota seseorang individu.Ini adalah kerana setiap permainan mempunyai peraturan tersendiri yang harus dipatuhi oleh setiap peserta yang terlibat.

Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat antarabangsa pula,pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain.Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap negara menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.

Sebagai asas dalam pembentukan PENDIDIKAN JASMANI dan KEGIATAN KOKURIKULUM. Kewujudan aktiviti sukan juga mendorong pelancaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah rendah dan menengah sertapun pusat-pusat pengajian tinggi.Pendidikan Jasmani ini adalah terdedah kepada semua pelajar bahawa fungsi-fungsi sukan secara berfokus kepada fizikal dan mental seseorang dan juga mengajar mereka bagaimana melakukan setiap aktiviti sukan dengan tatacara yang betul supaya tidak membahayakan diri sendiri.Selain itu,kegiatan kokurikulum juga diperkenalan selepas kewujudan sukan.Kegiatan kokurikulum juga dilaksanakan di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi.Kegiatan-kagiatan yang dijalankan adalah seperti aktiviti sukan yang biasanya kita jalankan.

Menyediakan peluang pekerjaan. Melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan profesional dan bukan professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.

Menyediakan peluang pekerjaan. Melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan profesional dan bukan professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.

Sebagai satu industri dan perdagangan serta penyumbang pendapatan negara.  Sukan berkembang menjadi satu industri seperti yang terdapat di negara-negara maju. Contohnya : Amerika Syarikat memperolehi sebanyak RM135 billion sebagai pendapatan negara kasar bagi pengeluaran alat-alat sukan pada 1987.Industri sukan sahaja menyumbangkan kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran negara kasar di negara-negara perindustrian yang memperlihatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat. Malaysia pula memperohlehi kira-kira RM45.41 juta hasil daripada eksport alat-alat sukan baru-baru ini. Contoh alat-alat sukan : Raket Yonex, kasut Reebok dan kasut bolesepak Puma. Perkembangan industri sukan telah meningkatkan pasaran antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat-alat sukan, barangan dan perhidmatan yang berkait dengan industri sukan. Pasaran dunia untuk alatan sukan melebihi RM50 billion pada tahun-tahun 1980an.

Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat. Bersukan dapat menjadikan tubuh badan seseorang individu sihat dan cergas.Sehubungan dengan itu,kerajaan dapat mengurangkan peruntukan kewangan untuk membeli bahan-bahan perubatan dan teknologi yang canggih bagi mengubati penyakit rakyat.Manakala,kerajaan dapat mengalihkan modal-modal yang berlebihan ke sektor-sektor yang lebih penting dalam mencapai hasrat wawasan 2020 terutamanya sektor industri dan pembangunan.Jika dilihat dari segi perspektif individu sebdiri,seseorang itu juga dapat menjimatkan perbelanjaannya terhadap bahan perubatan kerana tubuh badan yang sihat disebabkan bersukan secara kerap.Manakala,individu berkenaan juga boleh menggunakan pendapatan yang berlebihan untuk membeli keperluan asas seperti makanan,minuman,pakaian dan lain-lain bagi menjamin kesejahteraan kehidupannya.






Nak tengok blog lain yang banyak info tentang sukan sukan simple ni..cer klik sini

http://nasran-rushdi.blogspot.com/2009/11/mengapa-sukan-penting.html