Thursday, July 30, 2015

10 FAKTA RINGKAS SEJARAH SKATE BOARDING




Anda tahu sejarah skateboard (papan luncur) ? Sukan papan luncur semakin mendapat tempat dikalangan kanak-kanak, remaja dan tak kurang juga orang dewasa rakyat Malaysia. Aktiviti bermain skateboard mempunyai unsur positif yang melebihi negatif contohnya; para peminat akan berkumpul bersama di satu-satu tempat untuk berlatih, setiap sesi ini pula para peluncur akan sentiasa mencuba sesuatu 'trick' baru atau berusaha menajamkan yang lama justeru menyumbang kepada kebolehan mereka berfikir secara kreatif dan juga keberanian individu. 

Sokongan dari ibu bapa juga semakin menggalakkan dengan buktinya ada diantara peluncur kanak-kanak yang dihantar sendiri oleh ibu bapa mereka ke taman-taman skateboard. Negatif nya pula cuma satu, silap langkah boleh patah riuk. 





Bercakap mengenai sejarah skateboard, disini saya letak 10 fakta yang ditemui. 

1) California adalah negara pengasas sukan papan luncur ini, dimana pada masa itu para peluncur air mendapati ombak terlalu kecil untuk mereka meluncur lantas mereka berpakat untuk meletakkan roda pada papan supaya boleh meluncur di atas daratan.
2) Papan luncur terawal adalah daripada tahun 1900an, pada masa itu ia lebih kepada rupa skuter dan mempunyai 'handle'.
3) Papan luncur yang pertama sekali dikomersialkan ialah pada tahun 1959, Roller Derby Skateboard adalah pemangkin dunia perniagaan sukan ini, rodanya pula diperbuat daripada tanah liat.
4) Kerajaan Norway telah mengharamkan penggunaan dan penjualan papan luncur pada tahun 1978 sehingga 1989 kerana berlaku terlalu banyak kecederaan daripada aktiviti pada masa itu.




5) Para peluncur dari Norway pula telah membina 'ramp' di kawasan-kawasan tersembunyi untuk mengelak daripada pengharaman sukan itu.
6) Pada awal tahun 1970an, Frank Nasworthy telah memperkenalkan roda papan luncur yang diperbuat daripada 'polyurethane'.
7) Berakhirnya zaman menggunakan 'ball bearing' yang longgar apabila Road Rider memperkenalkan teknologi 'ball bearing' yang berukuran tepat pada ruang rodanya.
8) Pada tahun 1976, Florida telah membina taman skatepark 'outdoor' yang pertama, setelah itu hampir keseluruh Amerika mempunyai 'skatepark' tersendiri dan sukan skateboard telah mula dimainkan secara 'vertical' (terbang di udara) berbanding 'horizontal' iaitu di atas jalan rata. 
9) Jim Muir dan Wes Humpston adalah orang pertama yang berjaya mengkomersialkan papan luncur yang mempunyai grafik. Ia di pasarkan dibawah jenama Dogtown. Kejayaan itu boleh dilihat hingga ke hari ini.
10) The United States Marine Corps pernah menggunakan papan luncur sebagai ujikaji untuk latihan mengesan 'sniper fire dan trip wires' pada tahun 1990an.

No comments:

Post a Comment