Sejarah
Sukan Perahu Layar
Sejarah
sukan kapal layar telah bermula pada abad ke 17 di Holland (Belanda). Semenjak
itu, sukan ini telah diperkenalkan ke England pada 1660 oleh Charles II dan
seterusnya berkembang ke seluruh Negara jajahan Amerika. Kelab kapal layar yang
pertama ditubuhkan di dunia adalah New York Yacht Club (1720). Kelab ini juga
telah menganjurkan satu pertandingan kapal layar antarbangsa yang bermula 1844
dan masih kekal hingga ke hari ini iaitu Piala Amerika. Kemudian pada tahun
1900, sukan kapal layar telah mula dipertandingkan di Sukan Olimpik dan
seterusnya memartabatkan lagi sukan ini di peringkat antarabangsa.
Sukan
Perahu Layar Dimainkan
Sukan
Perahu layar merupakan salah satu sukan yang dimainkan dengan bergantung kepada
bantuan angin untuk menggerakkan perahu tersebut. Biasanya sukan ini popular
dimainkan di negeri yang mempunyai laut dengan tiupan angin yang kuat.
Pergerakan perahu layar ini dibantu oleh pemain-pemain yang mempunyai fungsi
yang berbeza yang berada di atas perahu untuk menentukan arah tuju perahu
bergerak dengan mengubah kedudukan layar yang terdapat pada kapal.
Skipper -
ketua kapal(pengemudi) adalah ketua pasukan atau kapten bagi sebuah perahu
layar di mana tugasnya bukan sahaja mengemudi bot tetapi melibatkan keputusan
mengenai taktik dan strategi yang akan digunakan dalam perlumbaan.
Mainsheet
trimmer - berperanan mengawal layar paling besar di mana kelajuan kapal
tertumpu disitu dan berganding rapat dengan skipper untuk mengawal kelajuan bot.
Trimmer -
bertugas untuk mengawal kepala atau depan kapal. Pada pusingan melawan arah
angin, trimmer berkerjasama dengan Pitman yang mengawal layar besar yang
terletak berlawanan dengan layar utama.
Bowman -
bertanggungjawab untuk mengubah layar di hadapan bot. Bowman adalah''eye
at the front'', Bowman mestilah seorang yang kuat dan mempunyai
kebolehan bergerak dengan tangkas dan cepat di depan bot.
Pitman -
membantu trimmer untuk mengawal kapal layar dan layar besar. Pitmanmengawal
kebanyakan tali yang akan menentukan arah layar.
korang boleh tengok info dekat blog blogger ni yer.....rajin ler orang klik
http://sukanairhs20.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment